Derita Pia [2019 Malaysia Movie Raya] Drama

Derita Pia [2019 Malaysia Movie Raya] Drama

Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba- tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi dan meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran. Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri. Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia. Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula. Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa sia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.

14total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *