Telapak Waktu [2019 Malaysia Telemovie] Drama

Telapak Waktu [2019 Malaysia Telemovie] Drama

Hazama, Wanna Ali, Rosnah Johari, Aman Graseka, Sharifah Shahora, Kodi Rasheed

Mengisahkan mengenai Syafiq yang terlibat dengan kemalangan, tersedar dan berada di suatu perkampungan dan dirawat dengan baik oleh sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis cantik. Syafiq pulang ke kampungnya sesudah sembuh namun tidak ramai yang mengenali dirinya. Sebelum insiden ini berlaku, Syafiq merupakan anak yang derhaka terhadap ibubapa, cukup gemar bersosial, ke kelab malam dan bercampur dengan geng motor. Suatu hari Syafiq kemalangan dan terbabas ke gaung dan telah dijaga oleh seorang wanita dengan penuh kasih sayang. Apabila sembuh Syafiq kembali ke pangkuan ibubapanya dan menjadi anak yang baik dan mendengar cakap. Syafiq ingin berkahwin dengan wanita itu dan mula mencari di kampung wanita tersebut tetapi kampung itu rupa rupanya tidak wujud. Sewaktu mahu beredar dari kampung tersebut, Syafiq nampak sesuatu melintas, dan cuba mengelak namun terbabas. Sedar sahaja dari koma, kedua ibubapanya disisi dan Syafiq bertanya apakah yang sudah terjadi. Syafiq diberitahu bahawa dia telah melanggar seorang perempuan sehingga mati, dan perempuan itu adalah orang yang merawatnya.

13total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *