Cucu Atuk [2018 Malaysia Telemovie] Drama

Cucu Atuk [2018 Malaysia Telemovie] Drama

Jalil Hamid,Adik Danish Hazriq,Tasha Shila,Amar Asyraf,Mubarak Majid,Fauzi Nawawi,Lisdawati
Selepas ibu bapa Nain meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu, datuknya, Haji Zubir membesarkan Nain dengan penuh kasih sayang. Biarpun arwah ibu bapa Nain meninggalkan banyak wang simpanan, serta rumah yang disewakan yang semuanya akan menjadi milik Nain sepenuhnya tatkala dia berusia 18 tahun, namun Haji Zubir tidak pernah mahu menggunakan wang itu untuk perbelanjaan seharian. Di Kuala Lumpur, Zaim, anak Haji Zubir yang sedang mempunyai masalah kewangan termakan hasutan isterinya, Juwita untuk menjaga Nain demi mendapatkan ‘keuntungan’. Mereka pulang ke kampung untuk melawat Haji Zubir dan hal itu membuatkan Haji Zubir hairan kerana sudah tiga tahun mereka tidak pulang menjenguknya di kampung. Di kampung, Haji Zubir berasa tidak tenteram mengenangkan Nain. Dia kemudiannya ke KL. Tersentak apabila terlihat Nain dimarahi dan dipukul oleh Juwita. Juwita terkejut dengan kehadiran Haji Zubir dan Nain pula terus mendapatkan datuknya sambil merayu dibawa pulang ke kampung. Haji Zubir membuat aduan kepada pihak berwajib dan berjanji akan menjaga Nain sepenuhnya.

No trailer

17total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *