Sejuta Rasa Buat Adelia [2018 Malaysia Series] 20 eps END Drama, Romance

Sejuta Rasa Buat Adelia [2018 Malaysia Series] 20 eps END Drama, Romance

Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Sabrina Ali, Jasper Supayah, Ikmal Amry, Fikhree Bakar, Shah Kimin, Vicha Saywho, Shukri Tahir, Zalif Sidek, Esma Dainal.
Mengisahkan seorang chef Adelia Naurah yang bekerja di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.
Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!
Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi… perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

8total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *