Dunia Generasi Baru [2015 Malaysia Series] 13 eps END Drama

Dunia Generasi Baru [2015 Malaysia Series] 13 eps END Drama

Kaka Azraff, Ben Amir, Zahirah Macwilson, Fadlan Hazim, Natasha Elyzza
Episod awal bakal melihat variasi personaliti dan kisah yang terpendam di dalam setiap watak. Norelle (Kaka Azraff), seorang gadis lincah dan keanak-anakan yang mudah bergaul dan sering menjadi pendengar dan penasihat yang baik.

Disebabkan sifatnya itu, Norelle sering kali terpaksa memuaskan hati semua pihak sehingga dia terpaksa mendedikasikan kebanyakan masanya untuk menyelesaikan masalah orang di sekelilingnya.

Aman (Erwin Dawson) pula sentiasa cuba berlagak ‘cool’ walaupun tindak-tanduknya selalu membuatkan orang lain salah faham.

Aman juga seorang yang lucu dan gemar mengadakan perbualannya dengan cara ‘rap’. Aman sebilik dengan Zuhal (Ben Amir), seorang jejaka tampan dan dimanjakan dengan kemewahan keluarganya.

Walaupun mudah marah, mereka berjaya menjadi sahabat rapat, begitu juga dengan Rik (Fadlan Hazim). Rik mempunyai kisahnya yang tersendiri serta agak misteri dan ia akan dikupas dari episod ke episod.

7total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *