Mat So’od [2017 Malaysia Movie] Drama

Mat So’od
[2017 Malaysia Movie]
Drama
Khir Rahman, Siti Saleha, Harun Hashim, Lydiawati
Mengisahkan Mat So’od yang merupakan seorang penglipurlara di kampungnya, orang kampung sentiasa suka dan terhibur mendengar cerita – cerita yang disampaikan oleh Mat So’od ini. Malah Mat So’od ini juga boleh menyanyi dengan baik sekali. Mat So’od kelihatan sangat gembira ketika menyampaikan segala ceritanya itu, namun setelah selesai, dirinya akan kembali pada Mat So’od yang asal yang sering monyok, muram, masam, sedih dan tidak pernah tersenyum kecuali ketika dia menghiburkan orang ramai dengan cerita – ceritanya itu. Samsiah merupakan kekasih Mat So’od, dirinya sentiasa memberikan semangat padanya dan ingin berkahwin dengan Mat So’od itu. Ibu bapa Samsiah sedikit bimbang dengan perangai Mat So’od yang sentiasa bermuram itu dan risau jika anak mereka tidak bahagia dengan Mat So’od itu nanti. Namun mereka akhirnya akur dan mengahwinkan Samsiah dengan Mat So’od. Manakala Mat So’od pula merasakan dirinya tidak layak untuk Samsiah namun akhirnya mereka berkahwin. Pada suatu hari ayam yang dipelihara oleh Mat So’od di rumah terlepas dan akhirnya mencakar mata Samsiah lalu Samsiah menjadi buta.

12total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *