Miss Kapten Cikgu Waiz [2017 Malaysia Series] 13 eps END (3)

Miss Kapten Cikgu Waiz
[2017 Malaysia Series]
13 eps END (3)
Drama
Erin Dawson,Neera Azizi,Danielle Sya,Fadhil Dani
Mengisahkan Kapten Khalisha yang berdepan dengan isu kepercayaan dan komitmen dalam cinta. Kisah bermula daripada perkenalan tak dirancang dengan Cikgu Waiz yang kebetulan mengenali adiknya (Kamarul) dan kawan baiknya (Melisa). Cikgu Waiz, seorang lelaki sederhana telah jatuh cinta pandang pertama dengan Kapten Khalisha dan ingin berkahwin dengannya. Kapten Khalisha sangsi pada kemampuan diri sendiri untuk menerima Cikgu Waiz dalam hidupnya. Semuanya bermula bila ayahnya (Pak Megat) bernikah baru. Pernikahan itu memberi impak yang cukup besar pada ibunya (Mak Eton) dan adiknya (Kamarul). Kapten Khalisha melihat sendiri bagaimana ibunya belajar menerima semua itu dan bagaimana ayahnya memulihkan semula keharmonian rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, Kapten Khalisha melihat semangat adiknya yang ingin melihat kegembiraan dalam keluarga mereka. Kapten Khalisha hanya berkawan rapat dengan Kapten Ghaz (teman sekerja) walaupun Kapten Ghaz bersungguh ingin meluahkan rasa cinta.

40total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *