Oh My English Road to Jogja Part 1 & 2 [2016 Malaysia Movie] Drama, Comedy

Oh My English Road to Jogja Part 1 & 2
2016 Malaysia Movie
Drama, Comedy
Juzzthin, Roax Tan, Zhafir Muzanij
‘Oh My English: Road to Jogja’ bakal menyaksikan kemunculan 3 teraju utama Oh My English, Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) bersama beberapa selebriti terkenal yang akan memeriahkan perjalanan kedua-dua telefilem ini. Juara Super Spontan Superstar 2016, Johan Raja Lawak dan juga artis komedi wanita popular, Jihan Muse akan muncul dalam bahagian pertama telefilem ini di samping penyanyi dan komposer yang tidak asing lagi, Mark Adam. Bahagian kedua telefilem ini pula akan menyaksikan kemunculan pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila bersama Elfira Loy, di mana duo yang tidak asing di kaca TV sinema Malaysia ini akan digandingkan sekali lagi khas untuk peminat-peminat Oh My English!

‘Oh My English: Road to Jogja’ bahagian pertama mengisahkan perjalanan Zack, See Yew Soon dan Mazlee mencapai impian mereka bergelar chef dan pengusaha kafe berjaya. Setelah buntu mencari idea baru untuk melariskan kembali perniagaan kafe ‘After School’ mereka, mereka bercadang untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan memasak peringkat antarabangsa di mana mereka bukan sahaja boleh memenangi wang tunai, tetapi juga mengembalikan reputasi perniagaan mereka. Dengan bantuan Mr. A, mereka mengembara ke seluruh Malaysia untuk mengembalikan nama bersih kafe ‘After School’, menggunakan sebuah ‘food truck’. Dalam kekalutan itu, mereka bertemu Chef Bru (Mark Adam) yang dalam diam, ingin mengambil kesempatan terhadap mereka untuk kepentingan peribadi. Chef Bru memberikan tugasan mencabar, mengarahkan Zack, See Yew Soon dan Mazlee mencari 3 bahan rahsia; ayam hitam kaki satu, sos popia meletop dan rempah kari menangis. Sebagai tukaran beliau akan berkongsi rahsia masakan beliau. Pelbagai perkara lucu, cabaran dan rintangan dihadapi tiga sahabat ini dalam pencarian penuh mendebarkan itu. Berjayakan ketiga-tiga bahan itu ditemui dan adakah mereka akan berjaya menawan kembali hati pelanggan mereka? Semuanya akan terjawab dalam bahagian pertama telefilem ini.

Bahagian kedua ‘Oh My English: Road to Jogja’ pula menyaksikan perjalanan Zack, See Yew Soon dan Mazlee membawa panji Malaysia dan kafe ‘After School’ dalam sebuah pertandingan masakan antarabangsa berprestij di Jogjakarta, Indonesia. Setibanya mereka di sana, terdapat chef-chef handal lain yang turut sama mengambil bahagian termasuklah Jazlin lakonan Elfira Loy, seorang gadis dari Malaysia yang mahir menyediakan hidangan istimewa resipi turun temurun neneknya dan juga Maskor (Randy Pangalila), seorang jejaka Indonesia yang memiliki karakter yang aneh. Dengan gelaran juara dan ganjaran tunai menjadi pertaruhan, mereka mencuba sehabis baik menampilkan persembahan dan kreativiti dalam setiap masakan mereka. Keadaan menjadi semakin pelik apabila beberapa kejadian tidak diingini berlaku dan seorang demi seorang chef yang bertanding mula ditimpa musibah. Adakah semua ini satu muslihat dan apakah yang akan berlaku di Jogjakarta? Dapakah Zack, See Yew Soon dan Mazlee merungkai misteri ini dan melepaskan diri? Semuanya dapat disaksikan di akhir telefilem ini.

26total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *