Sha dan Shah [2016 Malaysia Series] 16 eps END (4)

Sha dan Shah
2016 Malaysia Series
16 eps END (4)
Drama, Romance
Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan

Ia mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja. Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.

 

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju. Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?

205total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *